5 POINT KENAPA PERLU TAKAFUL

5 POINT KENAPA KITA PERLU BERTAKAFUL:
POINT PERTAMA adalah KETIDAKPASTIAN.
Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ketidakpastian.
Mati itu pasti. Namun, kita tidak pasti bila ianya akan berlaku. Antara bertakaful dan tidak bertakaful KEMATIAN tetap datang!. Tetapi antara dua situasi itu, siapakah yang lebih bijak? Jawapannya ada dengan tuan-tuan dan puan-puan. Insya Allah.

POINT KEDUA adalah PELENGKAP TAWAKKAL.
QADA' dan QADAR tertulis sejak azali. Ajal, rezki dan jodoh telah ditentukan Allah kepada semua manusia.
Sangat sombong manusia yang merasa pasti dan tidak merasa KERISUAN tentang kesan musibah yang bakal melanda. Lantaran menyerahkan bulat-bulat kepada Allah tanpa sebarang USAHA.
Jika kita lahir sebagai orang miskin. Adakah kita terus redha sebelum BERUSAHA dan adakah kita tidak boleh mengubahnya?
Firman Allah :
"Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum selagi mereka tidak mahu mengubahnya"
[Ar - Ra'd : 11]

Ada juga ungkapan yang sering saya dengar, " pandai-pandailah mereka berusaha. Allah kan ada"

Adakah kita pasti bahawa mereka boleh berusaha dan mempunyai nasib yang sama seperti kita?
Setiap orang tidak akan sama dari segi nasib dan kemampuannya.
BERTAKAFUL kita telah menyediakan satu jaminan seandainya musibah datang, mereka tidak akan terbeban.

Do'a, usaha (takaful) dan tawakkal. Insya Allah.

POINT KETIGA adalah PLAN-PLAN TAKAFUL
Apabila anda mempunyai KESEDARAN bertakaful. Maka, paling penting adalah memahami keutamaan. Antara kematian, kemalangan, sakit dan simpanan. Manakah lebih UTAMA?
Ramai orang tersalah pilih dan tidak faham manakah yang lebih UTAMA. Hari ini saya akan kongsikan kepada tuan-tuan dan puan-puan manakah yang lebih utama.

Pilihan Plan mengikut keutamaan :
1. Kematian
Mati boleh berlaku bila-bila masa. Sakit atau tidak, tua atau muda mati tetap akan datang jua.
Firman Allah :
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
[Al-Munafiquun : 11]
2. Kemalangan
Kemalangan juga adalah sinonim dengan kematian.
Hari-hari kita lihat dan dengar melalui media elektronik radio dan tv juga media sosial zaman kini. Ia meragut jiwa sekelip mata samada bersendirian atau bersama keluarga. Kita juga melihat kesannya kepada yang tinggal. Namun SEDIKIT yang RISAU untuk diri dan keluarga.
Lebih MERISAUKAN adalah puncanya samada dari diri kita atau orang lain. Kadang kala kita berhati-hati. Tetapi disebabkan KECUAIAN orang lain juga kemalangan boleh terjadi ke atas diri kita.
3. Sakit Kritikal
Sakit juga boleh jadi cepat. Sebagai contoh client saya tiba-tiba masuk wad kerana jangkitan kuman di otak. NA'UDZUBILLAH.
Namun, secara umumnya penyakit perlu PROSES. Iainya umpama menanam pokok. Bermula dari benih, menjadi tunas, tumbuh dan beranting, berbunga dan berbuah. Demikian penyakit. Oleh itu, MENCEGAH lebih baik dari mengubat.
Tambahan KOS PERUBATAN masa kini terus melonjak. Boleh jadi dan banyak berlaku orang kehabisan SIMPANAN BERPULUH TAHUN dalam masa beberapa hari atau bulan sahaja. Sebab itu perlunya BERTAKAFUL.
4. Simpanan pelaburan
Plan ini sesuai bagi anda yang mempunyai SIMPANAN SEDIA ADA. Hal ini demikian kerana simpanan biasa atau pelaburan di luar sana akan diBEKUkan apabila pemilik akaun disahkan meninggal dunia.
Caranya, tuan-tuan dan puan-puan hanya alihkan SIMPANAN SEDIA ADA sebahagian yang perlu ke PLAN ASPIRASI. Hal ini demikian kerana simpanan dalam ASPIRASI dari prubsn Takaful TIDAK akan diBEKUkan.

POINT KE EMPAT adalah AMAL JARIAH SECARA GLOBAL.
Ramai yang tidak tahu bahawa, apabila mereka memohon plan takaful mereka telah memeterai janji SALING MEMBANTU dan melafazkan akad "DERMA".
Ini bermakna apa yang tuan-tuan dan puan-puan bayar kepada prubsn adalah berbentuk SUMBANGAN atau DERMA dan berjanji sesiapa diantara penabung yang menghadapi musibah akan dibantu melalui tabung takaful. Maknanya tuan-tuan dan puan-puan berada dalam satu sistem amal jariah secara global kerana penabung-panabung takaful berada di seluruh negara. Masya Allah Tabarakallah.

POINT KE LIMA adalah KEMAMPUAN BERTAKAFUL
Ramai yang beranggapan takaful mahal. Sebab itu apabila saya menemui individu - individu di luar sana mereka berkata "sudah tinggi komitmen", "tidak mampu" dan banyak lagi.
Adakah tuan-tuan dan puan-puan tahu dengan RM50 tuan-tuan dan puan-puan boleh memiliki satu plan takaful.
Seandainya tuan-tuan dan puan-puan sayang RM50 ini, cuba tuan-tuan dan puan-puan simpan di bank setiap bulan selama 10th atau 20th. Berapa dividennya dan apakah hasilnya? Jawapannya ada pada tuan-tuan dan puan-puan.
RM50 di dalam TAKAFUL tuan-tuan dan puan-puan telah menyediakan satu dana yang besar kepada keluarga anda. 100K, 50K, 30K atau 10K sudah cukup banyak. RM10 pun sangat besar di saat amat memerlukan. Apatah lagi 10K. Masya Allah Tabarakallah.
Namun, melalui kebijaksanaan jika kita mampu berlari kenapa perlu berjalan. Maka, berlarilah. Maknanya ambillah satu plan takaful mengikut kemampuan yang sebenar. Tidak perlu berselindung kerana manfaatnya bukan untuk orang lain, tetapi adalah untuk keluarga tercinta. Insya Allah.


Comments

Popular Posts