HIBAH

Apakah itu HIBAH?

Bermaksud hadiah. 

Hibah juga merupakan satu kaedah pembahagian harta kepada sesiapa sahaja yang kita hajati. Namun, hibah ini sering dikaitkan dengan pembahagian Harta Pusaka yang ingin diWariskan sedangkan Hibah diberi masa hidup dan harta itu sebenarnya belum bertukar status kepada Harta Pusaka kerana pemiliknya masih hidup.

Kini, Hibah boleh dibuat dalam takaful yang dikenali sebagai Hibah Bersyarat. Iaitu harta yang ingin dihibahkan akan diberi selepas pemilik harta meninggal dunia. Ini menepati tanggapan sebelum ini Hibah sebagai kaedah pembahagian harta pusaka kerana ianya akan diberi selepas pemilik harta meniggal dunia.


Bagaimana Hibah Bersyarat membantu anda?

Kaedah pebahagian harta pusaka :
  1. Wasiat
  2. Fara'id
Jika anda berhajat memudahkan waris, anda wajib membuat Wasiat. Jika tidak, harta anda akan diberi menggunakan kaedah Fara'id. Dua kaedah ini ramai orang sudah tahu caranya dan saya tidak perlu ulas lagi.

Bagi yang telah membuat Wasiat tahniah! Namun, adakah anda tahu Wasiat boleh terbatal?

Ya, wasiat boleh terbatal apabila berlaku pergaduhan dan pertikaian hak antara waris!

Isu ini tidak boleh dijadikan alasan untuk anda tidak membuat wasiat. Anda wajib membuat wasiat kerana hanya ini sahaja cara yang ada untuk memudahkan waris.

Kehadiran Hibah Bersyarat bukanlah segalanya. Ia hanyalah sebagai backup kepada wasiat dan bukannya pengganti.

Masalah lazim yang waris akan hadapi:
  1. Pencairan harta pusaka memerlukan masa
  2. Memerlukan kos
Dua masalah inilah Hibah Bersyarat cuba bantu! Kerana, hibah bersyarat tidak akan terbatal dan tidak dibekukan dan juga tidak memerlukan kos.

Faedah dari hibah bersayarat:
1. Harta yang ada dalam hibah bersyarat terus disalurkan kepada waris dalam masa 14 hari - ke 2 bulan.
2. Menjadi modal untuk mengurus pencairan harta pusaka yang sedang dibekukan.
3. Wang segera kepada waris untuk meneruskan komitmen yang sedia ada.


Apa lagi yang anda boleh lakukan dengan hibah bersyarat?
  • Tinggalkan gaji untuk 5 atau 10 tahun
  • Backup tanah dan rumah dalam pewarisan harta pusaka
  • Backup simpanan yang ada
  • Wakaf, Infaq dan sedeqah



Comments

Popular Posts