PEWARIS

 Ada yang beranggapan bahawa institusi kewangan kini semakin ke hadapan bagi memudahkan pelanggan mereka dalam kes pencairan harta beku melalui pewarisan. 

Jika sebelum ini kita hanya mendengar tentang penama, kini wujud satu gelaran baru iaitu pewaris. Gelaran ini memberi satu harapan kepada pelanggan bahawa masalah telah dapat diatasi.

Justeru, saya melihat ini berlaku kekeliruan kefahaman tentang pewarisan harta. Namun, tidak dapat dinafikan kebenaran yang didakwahkan itu adalah untuk memudahkan waris. Memang betul. Tetapi ianya mempunyai beberapa kelemahan yang merisaukan.

Sebelum itu mari kita lihat perbezaan antara kaedah pewarisan yang ada iaitu fara'id, wasiat dan hibah. Mari kita lihat satu persatu :

1. Fara'id

Sekiranya pemilik harta tidak menulis wasiat atau hibah, maka kaedahnya secara tidak langsung adalah fara'id. Fara'id ini semua orang tahu adalah fix tidak boleh diubah.

Kelemahan yang ada dalam fara'id ialah apabila waris tidak sepakat maka harta akan dibekukan sehingga satu masa tempoh tertentu waris sepakat barulah akan diberi.

2. Wasiat

Apabila pemilik harta menulis wasiat, maka secara tidak langsung kaedah pewarisan terkeluar dari sistem fara'id.

Semua orang tahu bahawa wasiat ini tidak fix dan boleh diberi mengikut kehendak pemilik harta.

Kelemahan yang dalam wasiat ialah apabila berlaku pertikaian antara waris, maka secara langsung wasiat terbatal dan terus berubah atau masuk ke dalam sistem fara'id.

3. Hibah

Hibah bermaksud hadiah. Apabila pemilik harta melafazkan hibah maka pindah milik telah berlaku dan tidak boleh diubah lagi. Hibah mestilah dibuat masa hidup. 

Adakah kaedah ini masih sesuai zaman kini yang mana semua orang perlukan duit dan sayangkan asset selagi dia hidup? Itu bergantung kepada pemilik harta.

Hari ini kita ada hibah bersyarat yang mana hibah itu akan diberi selepas berlaku kematian kepada pemilik harta.

Berbalik pada persoalan asal. Apakah kaedah pewarisan yang digunakan dalam penamaan pada sebuah akaun simpanan, rumah, dan tanah?

Sudah pasti yang terbaik adalah wasiat atau trusty(pemegang amanah).

Hal ini demikian kerana hibah bersyarat hanya ada dalam takaful.

Apakah kekuatan hibah bersyarat?

1. Selagi pemilik harta masih hidup maka, pindah milik tidak akan berlaku.

2. Tidak boleh dipertikai dan tidak akan terbatal dengan adanya pertikaian.

Sekian. Harap membantu. Insya Allah

Wallahua'alam.


Comments

Popular Posts