PENGENALAN
Apakah itu Takaful?
Merupakan suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama, yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya, pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.
Seksyen 29(1) Akta Perkihdmatan Kewangan Islam 2013
Takaful adalah berasaskan prinsip Ta'awun(kerjasama/pertolongan bersama) dimana penglibatan penyertaannya adalah Tabarru'at(kebajikan)
Apabila seseorang terlibat dalam skim Takaful, dia bukan sahaja mendapat perlindungan untuk dirinya, malah bekerjasama dengan peserta yang lain untuk bersama-sama menyumbang antara satu sama lain ketika memerlukan.
Terdapat 3 aspek yang terangkum dalam Takaful :
Pertolongan Bersama | Perlindungan Bersama daripada Kerugian | Tanggungjawab Bersama.
PERHATIAN !
Takaful tidak sama dengan Insuran.
Insuran adalah perjanjian antara peserta dengan syarikat insuran.
Sumber perlindungan yang diberi adalah bersumber dari hasil keuntungan syarikat. Keuntungan syarikat adalah tidak jelas dan berunsur JUDI, RIBA & SUBHA.
Sekian dan terima kasih.
Comments
Post a Comment